Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menyatakan bagaimana Sheena Valerie & Partners (“Firma tersebut”) mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut. Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut atau dengan melayari laman web Firma tersebut www.svplawyers.com (“Laman Web”), anda adalah dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut di dalam perkhidmatan undang-undang ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan daripada Firma tersebut (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).

DATA PERIBADI

  1. “Data Peribadi” yang anda berikan ataupun yang telah diberikan kepada Firma tersebut termasuk nama anda, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan, status perkahwinan, maklumat perhubungan, alamat(-alamat), alamat emel, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat akaun bank, maklumat insuran, pekerjaan, deskripsi pekerjaan, butir-butir pekerjaan, aset-aset dan liabiliti-liabiliti anda, pilihan peribadi anda, butir-butir mengenai pasangan anda atau ahli-ahli keluarga dan apa-apa maklumat yang boleh mengenalpasti anda, pasangan anda atau ahli-ahli keluarga anda yang telah dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Firma tersebut dari masa ke semasa.
  1. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun semasa sebarang komunikasi dengan Firma tersebut), Firma tersebut juga mungkin akan memperolehi Data Peribadi anda dari pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, dari alat carian talian, maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah termasuk tetapi tidak terhad kepada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah atau di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Firma tersebut.
  1. Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan anda dan ahli-ahli keluarga anda, anda dengan ini menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi mereka dan anda akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.

TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI

  1. Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut menggunakan dan memproses Data Peribadi anda yang telah berikan kepada Firma tersebut, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:
    1. untuk tujuan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;
    2. untuk menyediakan apa-apa dokumen atau suratcara yang dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan kecil (A) di atas dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan dengan perenggan kecil (A) di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyediaan kontrak atau perjanjian atau suratcara yang melibatkan anda, penyediaan suratcara-suratcara mahkamah, pliding-pliding dan afidavit-afidavit, penyediaan akuan berkanun, penyediaan wasiat dan kodisil;
    3. untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan sebagaimana yang dikehendaki oleh keperluan undang-undang, peraturan atau kerajaan;
    4. untuk tujuan pentadbiran dalaman Firma tersebut termasuk bagi tujuan penyemakan asal usul dan konflik;
    5. untuk Firma tersebut berkomunikasi dengan anda; dan
    6. untuk Firma tersebut mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan.
  1. Ianya adalah secara sukarela untuk anda membekalkan Data Peribadi anda kepada Firma tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin berikan Data Peribadi anda, Firma tersebut mungkin tidak dapat:
    1. memberikan/menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan; atau
    2. berkomunikasi secara berkesan dengan anda.
  1. Firma tersebut juga mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:
    1. untuk menghantar kepada anda kad-kad ucapan, surat berita, artikel-artikel dan rencana-rencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat anda; dan
    2. sebagai rujukan kepada editor / penyelidik dalam penerbitan undang-undang dan jurnal dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerja-kerja yang pernah kami kendalikan.
      jika ada, melalui emel atau mel.
      Sekiranya anda tidak bersetuju bagi Firma tersebut memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 6 ini, sila maklumkan kepada Firma tersebut dengan menghubungi Firma tersebut melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 12 di bawah.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI

  1. Data Peribadi anda yang diberikan kepada Firma tersebut atau diperolehi oleh Firma tersebut akan disimpan sulit oleh Firma tersebut. Walau bagaimanapun, ianya mungkin perlu bagi Firma tersebut untuk menggunakan syarikat-syarikat pihak ketiga, firma-firma guaman pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu untuk Firma tersebut atau bagi pihak Firma tersebut. Dalam keadaan tersebut, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti berikut:-
    1. bank-bank dan institusi kewangan;
    2. syarikat insuran;
    3. syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);
    4. pembekal perkhidmatan penghantaran, penasihat luar dan penasihat profesional yang lain seperti juruaudit, akauntan, arkitek, jurutera, ejen hartanah, penilai dan juruukur;
    5. peguambela dan peguamcara di pihak lain dalam urusniaga atau prosiding mahkamah yang anda / syarikat anda adalah suatu pihak;
    6. ejen, pekerja, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga Firma tersebut yang membekalkan perkhidmatan tadbir, komputer, telekomunikasi atau perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada Firma tersebut berhubung dengan operasi perniagaan Firma tersebut;
    7. pekerja-pekerja Firma tersebut di bawah kewajipan kerahsiaan kepada Firma tersebut; dan
    8. mana-mana pihak lain sebagaimana Firma tersebut fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 4 di atas.
  1. Firma tersebut juga akan mendedahkan Data Peribadi anda dan memindahkan maklumat tersebut kepada mana-mana badan-badan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan di mana adalah perlu untuk berbuat demikian di bawah undang-undang. Firma tersebut mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dengan niat yang baik sekiranya tindakan itu adalah perlu untuk mematuhi apa-apa kehendak agensi kerajaan atau penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta Firma tersebut dan kakitangan Firma tersebut.

EMEL DAN LAMAN WEB

  1. Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam emel dan mesej “Contact Us” yang dihantar melalui Laman Web Firma tersebut akan digunakan dan diproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kandungan mesej-mesej tersebut akan dipantau oleh Firma tersebut.
  1. Jika anda tidak inginkan Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan pelayar internet anda untuk memadamkan atau menyahaktifkan “cookies”.
  1. Laman Web Firma tersebut mungkin mengandungi sambungan ke laman web dan laman-laman lain. Firma tersebut hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa Data Peribadi atau maklumat yang anda berikan kepada entiti lain melalui sambungan-sambungan tersebut.

PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PEMBETULAN

  1. Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi anda di mana Data Peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini (tertakluk kepada bayaran fi perkhidmatan, jika berkenaan), atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut, mengikut mana yang berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda ingin berbuat demikian, sila kemukakan segala permohonan bertulis anda kepada:


    PDP Officer,

    Sheena Valerie & Partners,
    Alamat : No. 526-B Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
    Telefon : 06-282 5779
    Faks : 06-282 2114
    E-mail : pdp@svplawyers.com

    Anda juga boleh menghubungi Firma tersebut melalui butir-butir hubungan di atas sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada Firma tersebut.

  1. Sila ambil perhatian bahawa Firma tersebut mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mendapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. Firma tersebut juga merezabkan hak untuk menolak apa-apa permintaan untuk akses tersebut dalam keadaan-keadaan di mana maklumat yang dibekalkan oleh anda atau pihak yang membuat permintaan adalah tidak mencukupi untuk Firma tersebut mencari atau mengenalpasti dengan positif Data Peribadi yang berkenaan, di mana terdapat keraguan yang munasabah mengenai identiti anda atau identiti orang yang membuat permintaan, di mana kebenaran kepada akses atau pembetulan akan menyebabkan Firma tersebut melanggari perintah mahkamah atau memungkiri kewajipan kerahsiaan kepada anakguam Firma tersebut.

PERKARA AM

  1. Firma tersebut berhak untuk meminda atau mengubahsuai Notis ini dari masa ke semasa.
  1. Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, maka versi Bahasa Inggeris hendaklah digunapakai.